Perkhidmatan Kami

Tidak kira apa jua yang anda inginkan, yakinlah bahawa kami akan memenuhi keperluan pergigian anda. Sila lihat senarai perkhidmatan kami untuk mendapatkan perkhidmatan pergigian yang terbaik pada harga yang berpatutan.

Diagnosis & Pemeriksaan

Anda mengalami sakit gigi? Atau ingin menambah baik penampilan senyuman anda? Mari berbual dengan pakar kami untuk mengetahui punca masalah anda.

Scaling & Polishing

Prosedur asas yang membersihkan dan memutihkan gigi anda secara mendalam, memberikan anda senyuman yang lebih bersih dan cerah.

Tampalan Gigi

Tampalan digunakan untuk membaiki gigi yang terjejas oleh pereputan, keretakkan, rekahan dan jenis-jenis kerosakan lain.

Pemutihan

Rawatan ringkas dan tidak invasif ini membantu menukarkan warna enamel gigi dan meningkatkan penampilan senyuman anda.

SEBARIS Invisible Braces

Tanpa braket, getah atau wayar. Tiada lagi luka yang tidak selesa dari pendakap gigi tradisional. Pendakap gigi dari SEBARIS adalah lutsinar dan mudah dipakai & dibuka.

X-ray

X-ray adalah bahagian penting dalam mana-mana program rawatan pergigian, ia membantu doktor gigi mengesan sebarang isu yang berisiko untuk menjadi masalah utama.

Sealants (Fissure Sealants)

Tingkatkan perlindungan gigi anda dengan prosedur ‘fissure sealant’. Rawatan ini akan mengelakkan pereputan gigi yang terhasil dari bakteria dan makanan yang terperangkap dalam alur gigi anda.

Terapi Fluorida

Fluorida adalah ejen yang berkuasa dalam memerangi kerosakan gigi. Walaupun ia wujud secara semula jadi di dalam pemakanan kita, elemen fluorida masih memerlukan sedikit rangsangan untuk meningkatkan keberkesanannya.